Facebook Aqu 32Twitter Aqu 32Rss Aqu 32
Info KKKTU Arrow Info Korporat Arrow Misi & Visi

Misi & Visi

DASAR
"Sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi latihan serta kemahiran kepada masyarakat setempat
yang memerlukannya. Di samping itu, ia memberi peluang dan laluan alternatif kepada pelajar lepasan
menengah dan tercicir dalam sistem pendidikan, pekerja-pekerja serta masyarakat setempat melanjutkan
pendidikan dalam bidang latihan dan kemahiran yang mereka meminati. Ia juga merupakan Pusat Latihan
yang fleksibel dalam penawaran kursus, syarat kemasukan, umur dengan menawarkan kursus sepenuh dan
separuh masa berdasarkan kepada keperluan masyarakat setempat. Kolej Komuniti juga berperanan
sebagai Pusat Hentian Setempat (One Stop Center) yang menyediakan keperluan pendidikan lepasan
menengah dan sebelum ke pasaran ataupun melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

VISI KOLEJ KOMUNITI

Menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

MISI KOLEJ KOMUNITI

Meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui program latihan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF KOLEJ KOMUNITI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan :

  • Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat;
  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community);
  • Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat;
  • Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder); dan
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.
Mygov Mampu Msc Mdec 1Malaysia Jpa Jpkk Mqa Mara Kpt Mysms Myid Trggov

Kaunter Pelawat

Visits today:66
Visits yesterday:91
Visits in previous year:18306
Visits total:35716

Sokongan Web

Get Flashplayer
Get Adobe Reader